Sunday 4 October 2015

RENUNGAN PETANG DAN MALAM (MASA BIN BAYU, HA ZAMRE, ZAMRE AB WAHAB)

RENUNGAN PETANG

Jika dihimpun segala KEGELAPAN yang wujud disekalian alam semesta lalu ia digabungkan untuk menghasilkan KEGELAPAN yang MUTLAK yakni hitam sehitam-hitamnya....TETAP ia tidak akan dapat menghalang CAHAYA yang bersinar didalam KEGELAPAN MUTLAK walaupun cahaya itu sebesar mata jarum. 
Maka itulah alamtologi...hukum alam dimana KEGELAPAN MUTLAK tetap akan hilang KEKUATANNYA jika datangnya CAHAYA walau sebesar zarah.
 Sebagaimana MALAM yang akan pergi dengan sendirinya apabila datang SIANG.
Renung2kan.




RENUNGAN MALAM

Bintang yang indah berkelip didalam kegelapan dipuja kerana KEINDAHANNYA sedangkan ia diselimuti kegelapan malam. Semakin gelap sekelilingnya maka semakin bersinar bintang tersebut maka lakukanlah KEBAIKAN walau dikelilingmu adalah KEGELAPAN kerana KEBAIKAN yang kecil pasti terserlah dalam kegelapan yang ada sebagaimana taburan bintang2 dilangit yang gelap gulita.



(Pictures Source: Google)

THE INFORMATION / STATEMENTS IN THIS BLOG ARE SOLELY COPYRIGHTED AND LICENSED ON MASA BIN BAYU / HA ZAMRE / ZAMRE AB WAHAB.
SUBJECTS TO INTELLECTUAL PROPERTIES REGULATIONS, CONSENTS ARE NEEDED FROM THE ADMIN BEFORE REPUBLISHING ANY MATERIALS.

Monday 14 September 2015

PASTI

Teman

Telah tiba masa untuk sama2 berganding bahu dalam usaha2 memberikan senyuman disaat dunia diselubungi DERITA.

Hilangkanlah rasa takbur, sombong dan berdendam kerana tiada kesudahan bagi mereka yang memilikinya.

Saya datang berdagang dengan tujuan berkongsi keharmonian dan bukan mengejar KEMEWAHAN yang bersifat sementara semasa didunia.

Tidak ada masa untuk merajuk dan berkecil hati dalam usaha mencari redho allah dan berputus asa akan menyebabkan kita hilang ketenangan dalam kehidupan yang nyata.

Cukup-cukuplah dengan segala perkara yang SIA-SIA dan kembali semula pada yang hakiki yakni menjadi manusia yang berbakti kepada sekalian makhluk yang ada.

Tiada masa untuk menoleh kebelakang dan teruslah berjalan kehadapan kerana SAYA tiada lagi WAKTU untuk MENUNGGU bagi yang cintakan dunia.

Masa untuk bersedeh telah BERLALU dan masa untuk MENGELUH bukan lagi menjadi pakaian kita.

Insaflah dengan segala KEROSAKAN yang telah berlaku diseluruh dunia atas sebab tangan2 manusia.

Insaflah kita dengan segala sikap bersengketa atas perkara yang kecil dan tiada makna.

Masa untuk berbakti telah tiba dan janganlah TERLEPAS menjadi sebahagian yang MEMBINA dan janganlah kita tergolong sebagai yang MEMBINASA keharmonian yang bakal menjelma.

Saya telah PASTI dengan segala JANJI maha esa dan tiada sesiapa yang mampu menandingi apa yang telah diberikan oleh maha pencipta saya.

Bulatkan hati untuk KEMBALI menjadi PEJUANG cahaya....dan jauhkan lah diri dari menjadi PEJUANG NERAKA.

Bersatulah....bersatulah....bersatulah wahai umat MANUSIA.

-Pal Masa Bayu

(contents are added by Admin, STRICTLY: NO COPYRIGHT)

Saturday 12 September 2015

NUKILAN MUSAFIR: MASA BIN BAYU / HA ZAMRE / ZAMRE ABD WAHAB

Sesungguhnya kesamaratan didalam kehidupan bukanlah dierti dengan penjumlahan tetapi manafaat yang mampu diberikan kepada sekalian makhluk yang berada disekalian alam.

Tugas sebagai manusia bukanlah anugerah yang mutlak kerana ianya akan dipertanggungjawab dengan memberi pulangan disekeliling sebagaimana yang telah diterima saat nyawa ingin dicantum pada jasad.

Apakah masih lagi terleka mengejar sijil yang berjela tetapi kesudahannya akan diletak didinding untuk dipamerkan betapa hebatnya penghafalan yang telah dilakukan?

Lihatlah bagaimana petani-petani ataupun nelayan-nelayan yang bersabung nyawa siang dan malam mencari hasil-hasil bumi dan kembali ia dengan penghasilan untuk dikonsgi dengan semua manusia tanpa mengenal warna kulit dan kepercayaan.

Petani-petani yang berbakti pada tanah siang dan petang tanpa meletakkan sijil pencapaian lalu hasil yang mereka perolehi telah dibeli dan dimanafaatkan oleh semua golongan termasuk Raja-raja atau Sultan-sultan.

Merekalah yang mengenal erti kesamarataan dalam kehidupan sedangkan mereka yang kononnya memiliki berjela-jela sijil pencapaian tetapi tidak memberi sumbangan kepada yang lain selain dari bermegah-megah dengan gelaran-gelaran yang kononnya hebat tetapi hakikat sebenar adalah menjengkelkan. Ingatlah….maha pencipta menilai kepada berapa banyak sumbangan manusia kepada manusia lain dan bukan berapa banyak hafalan yang telah dicapai. Carilah kesamarataan dengan akal yang diberi dan buka hati yang sentiasa emosi.

Jenuh mengasung waktu mengapai cerita rindu
Apabila akal disangkal hingga hati menjadi batu
Hidup disisih pada malam sedang siang masih menunggu
Celaru minda apabila jiwa dirasuk bebal waktu
Keliru…masih keliru mencari erti bahagia yang palsu
Keliru….masih keliru dengan janji penoda waktu


NUKILAN MUSAFIR: 12.30 PM

Monday 31 August 2015

KINABALU

Saat aku melangkah rintis masa denai bernama Kinabalu
Jemari terasa sembilu ditusuk pada rindu hijau yang menunggu
Ayuh jangan ditangguh wahai jasadku…rintih hati yang mendesak pilu
Betapa nun jauh disana menanti keamanan yang kekal pada perindu..terus rindu
Aku kata dimana rasa bahagia..dimana rasa cinta
Mereka lantas sinis menuding telunjuk seolah didepan pendosa
Kupujuk hati yang luluh lantas merentas mencari damai suasana
Jika ada upaya tetap melangkah tanpa keluh dengan halangan yang ada
Aku terus melangkah…melangkah pada Kinabalu yang menanti dengan setia
Kinabalu..engkau tetap menantiku walau ditarah jasadmu
Kinabalu..engkau tetap utuh berdiri memerhati tingkah laku
Kinabalu..engkau tetap setia walau tiada habuan buatmu
Kinabalu..engkau tetap berdendang pada bahasa alam tanpa jemu
Mereka selalu lupa padamu..kinabalu…bukan aku
Kinabalu..kerdil pada sisimu saat jiwa sombong dengan pengetahuan kaku
Ingin ku daki puncak agar bertemu dan dikucup hatimu..Kinabalu
Namun aku tetap aku…sekadar makhluk yang sentiasa lemah pada kaki kecil tanpa sepatu
Sepatu besi masih ku damba setiap waktu…kaki kecil masih luka diterpa batu
Kinabalu…aku masih mencari pendaki berjiwa kental agar sampai kepuncakmu
Kinabalu…aku masih menunggu
Kinabalu…aku ada cerita buatmu
Cerita kehidupan disaat aku melangkah padamu
Ceria ku dipangkas pada wajah sayu dipinggiran Kinabalu
Ceritaku pada mu Kinabalu..cerita manusia sayu apabila ilmu hanya pada buku
Cerita manusia yang berjalan merentas waktu…membawa rasa tanpa tahu
Ia tersenyum tatkala disapa dan berkata…saya sedang kembara
Kembara mencari erti kehidupan disaat dunia pada dominasi ketawa
Katanya…aku datang dari ayah yang menjadikan segala perkara
Katanya…aku berjalan menuju pada ayah yang menunjuk cara
Kinabalu..aku hanya mendengar pada mula bicara
Lantas terpaku melihat wajah sayu didepan mata
Merintih jiwa hingga ditinggal segala perkara…tiada lagi keindahan pada manusia
Pedih pada jiwanya melihat kemulian diletak pada harta dan laba dunia
Pengembara berbicara…seolah dunia telah fana…dunia telah fana
Kinabalu…aku berada disisimu namun engkau seolah malu
Awan berpakat melindungi hingga keputihan menjadi selimut tatkala aku merenungmu
Kinabalu…engkau malu padaku atau engkau sayu
Kinabalu…janji tetap digenggam selagi kaki kecil mampu
Kinabalu…jasamu tetap disemat hingga akhir hayatku
Kinabalu…aku tetap temanmu walau mereka menginjakmu tanpa restu.




-NUKILAN MUSAFIR 2015: Tahun Keilmuan 10/3/2015 Kuala Lumpur 1.55PM

(Khusus buat teman diperjalanan menuju Kinabalu: Prof Dr Steve. Semoga menemui denai kebahagian dan kebenaran yang dicari.)

Wednesday 26 August 2015

PERSOALAN

Sekian lama persoalan intelektual diketengahkan dengan meletak persepsi diatas daripada realiti hingga berlaku perbalahan diseluruh dunia kerana persepsi yang berbeza dalam menafsir sesuatu perkara. Saya tidak mahu menjadikan alasan kekurangan waktu dan sumber kepada segala punca masaalah melainkan kefahaman ilmu yang telah diterjemah dalam fahaman yang berbeza mengikut kepimpinan yang menerajui sesebuah masyarakat. Kerap perbalahan berlaku hanya atas faktor yang begitu remeh seperti merebutkan hak siapa yang lebih baik disisi pencipta sedangkan ianya MUSTAHIL diterjemah dengan perkataan melainkan maha pencipta sendiri yang menentukan siapa yang benar2 berhak berada ditempat terbaik atas piawaiannya. Kejengkelan berleluasa diseluruh dunia dengan wujudnya berbagai pihak yang menterjemahkan erti KEBENARAN mengikut persepsi masing-masing hinggakan rentetan daripada itu berlakulah PEMBUNUHAN yang kononnya perkara yang mulia. Pembunuhan atas nama agama mula menjadi candu dan meresap dalam pemikiran mereka yang keliru dalam menilai kebenaran berbanding kepalsuan yang berat kepada persepsi segolongan pihak sahaja. Lalu masing2 berlumba2 untuk menterjemahkan KEMULIAAN mereka dengan ujudnya corak atau kaedah yang tiada kena mengena dengan aturan alam lantas mendabik dada kononnya merekalah yang paling mulia dikalangan yang ada hingga timbul rasa benci sesama manusia yang berbeza pandangan dan pendapat. Apakah itu yang dituntut dalm kehidupan yang telah disempurnakan kejadiannya oeh maha pencipta? Kenapakah semakin mereka menyatakan dekat dengan maha pencipta didapati semakin menjadi sombong dengan menunjuk2 cara berpakaian yang kononnya itulah yang dituntut oleh maha pencipta? Mengikut hukum alam…sebagaimana ia bermula maka akan kembali kepada permulaan kejadian iaitu datang hanya dengan dibaluti SELAPUT PUTIH yang mencengkam kukuh sewaktu didalam rahim maka pulangnya pasti dengan cengkaman selaput putih yakni KAIN KAPAN.
Lantas apakah sudahnya dengan mencorak kehidupan pihak lain dengan paksaan sedangkan kehidupan yang dicorak oleh pencipta alam telah jelas cukup sempurna tanpa perlu diubah cuma diatur atas keupayaan akal yang diberi oleh maha pencipta. Sedangkan anak kecil yang masih belum mengetahui apa2 tidak suka dipaksa dalam memilih apa yang diingini apatah lagi bagi mereka yang telah dewasa dalam membuat pilihan masing2? Formula yang mudah telah diberi yakni dengan memerhati dan melihat semua kejadian alam dengan ilmu dan bukan nafsu maka pasti kehidupan didunia akan penuh manafaat bagi diri sendiri dan juga sekalian makhluk disekeliling. Sikap melihat dengan nafsu amat jelas berdasar apa yang sedang berlaku diseluruh dunia dimana pembunuhan dan kezaliman yang berlaku atas faktor perselisihan pendapat yang ketara. Sampai bilakah semua ini akan berakhir dan kelazimannya yang dijawab adalah atas faktor KEKUASAAN dan KEPIMPINAN tertinggi dalam mencorak semula apa yang sedang berlaku. Namun yang menjadi pemimpin juga tidak memahami hukum alam maka tunggulah saat apabila alam mula berbicara kerana pada saat itu hiruk pikuk jeritan manusia akan bergema diseluruh dunia dan tiada lagi siapa yang mampu membantu…saat itu pasti akan tiba jika dilihat corak yang sedang berlaku saat ini.

- Masa Bin Bayu

(added by Admin)