Saturday 12 September 2015

NUKILAN MUSAFIR: MASA BIN BAYU / HA ZAMRE / ZAMRE ABD WAHAB

Sesungguhnya kesamaratan didalam kehidupan bukanlah dierti dengan penjumlahan tetapi manafaat yang mampu diberikan kepada sekalian makhluk yang berada disekalian alam.

Tugas sebagai manusia bukanlah anugerah yang mutlak kerana ianya akan dipertanggungjawab dengan memberi pulangan disekeliling sebagaimana yang telah diterima saat nyawa ingin dicantum pada jasad.

Apakah masih lagi terleka mengejar sijil yang berjela tetapi kesudahannya akan diletak didinding untuk dipamerkan betapa hebatnya penghafalan yang telah dilakukan?

Lihatlah bagaimana petani-petani ataupun nelayan-nelayan yang bersabung nyawa siang dan malam mencari hasil-hasil bumi dan kembali ia dengan penghasilan untuk dikonsgi dengan semua manusia tanpa mengenal warna kulit dan kepercayaan.

Petani-petani yang berbakti pada tanah siang dan petang tanpa meletakkan sijil pencapaian lalu hasil yang mereka perolehi telah dibeli dan dimanafaatkan oleh semua golongan termasuk Raja-raja atau Sultan-sultan.

Merekalah yang mengenal erti kesamarataan dalam kehidupan sedangkan mereka yang kononnya memiliki berjela-jela sijil pencapaian tetapi tidak memberi sumbangan kepada yang lain selain dari bermegah-megah dengan gelaran-gelaran yang kononnya hebat tetapi hakikat sebenar adalah menjengkelkan. Ingatlah….maha pencipta menilai kepada berapa banyak sumbangan manusia kepada manusia lain dan bukan berapa banyak hafalan yang telah dicapai. Carilah kesamarataan dengan akal yang diberi dan buka hati yang sentiasa emosi.

Jenuh mengasung waktu mengapai cerita rindu
Apabila akal disangkal hingga hati menjadi batu
Hidup disisih pada malam sedang siang masih menunggu
Celaru minda apabila jiwa dirasuk bebal waktu
Keliru…masih keliru mencari erti bahagia yang palsu
Keliru….masih keliru dengan janji penoda waktu


NUKILAN MUSAFIR: 12.30 PM