Monday 14 September 2015

PASTI

Teman

Telah tiba masa untuk sama2 berganding bahu dalam usaha2 memberikan senyuman disaat dunia diselubungi DERITA.

Hilangkanlah rasa takbur, sombong dan berdendam kerana tiada kesudahan bagi mereka yang memilikinya.

Saya datang berdagang dengan tujuan berkongsi keharmonian dan bukan mengejar KEMEWAHAN yang bersifat sementara semasa didunia.

Tidak ada masa untuk merajuk dan berkecil hati dalam usaha mencari redho allah dan berputus asa akan menyebabkan kita hilang ketenangan dalam kehidupan yang nyata.

Cukup-cukuplah dengan segala perkara yang SIA-SIA dan kembali semula pada yang hakiki yakni menjadi manusia yang berbakti kepada sekalian makhluk yang ada.

Tiada masa untuk menoleh kebelakang dan teruslah berjalan kehadapan kerana SAYA tiada lagi WAKTU untuk MENUNGGU bagi yang cintakan dunia.

Masa untuk bersedeh telah BERLALU dan masa untuk MENGELUH bukan lagi menjadi pakaian kita.

Insaflah dengan segala KEROSAKAN yang telah berlaku diseluruh dunia atas sebab tangan2 manusia.

Insaflah kita dengan segala sikap bersengketa atas perkara yang kecil dan tiada makna.

Masa untuk berbakti telah tiba dan janganlah TERLEPAS menjadi sebahagian yang MEMBINA dan janganlah kita tergolong sebagai yang MEMBINASA keharmonian yang bakal menjelma.

Saya telah PASTI dengan segala JANJI maha esa dan tiada sesiapa yang mampu menandingi apa yang telah diberikan oleh maha pencipta saya.

Bulatkan hati untuk KEMBALI menjadi PEJUANG cahaya....dan jauhkan lah diri dari menjadi PEJUANG NERAKA.

Bersatulah....bersatulah....bersatulah wahai umat MANUSIA.

-Pal Masa Bayu

(contents are added by Admin, STRICTLY: NO COPYRIGHT)

Saturday 12 September 2015

NUKILAN MUSAFIR: MASA BIN BAYU / HA ZAMRE / ZAMRE ABD WAHAB

Sesungguhnya kesamaratan didalam kehidupan bukanlah dierti dengan penjumlahan tetapi manafaat yang mampu diberikan kepada sekalian makhluk yang berada disekalian alam.

Tugas sebagai manusia bukanlah anugerah yang mutlak kerana ianya akan dipertanggungjawab dengan memberi pulangan disekeliling sebagaimana yang telah diterima saat nyawa ingin dicantum pada jasad.

Apakah masih lagi terleka mengejar sijil yang berjela tetapi kesudahannya akan diletak didinding untuk dipamerkan betapa hebatnya penghafalan yang telah dilakukan?

Lihatlah bagaimana petani-petani ataupun nelayan-nelayan yang bersabung nyawa siang dan malam mencari hasil-hasil bumi dan kembali ia dengan penghasilan untuk dikonsgi dengan semua manusia tanpa mengenal warna kulit dan kepercayaan.

Petani-petani yang berbakti pada tanah siang dan petang tanpa meletakkan sijil pencapaian lalu hasil yang mereka perolehi telah dibeli dan dimanafaatkan oleh semua golongan termasuk Raja-raja atau Sultan-sultan.

Merekalah yang mengenal erti kesamarataan dalam kehidupan sedangkan mereka yang kononnya memiliki berjela-jela sijil pencapaian tetapi tidak memberi sumbangan kepada yang lain selain dari bermegah-megah dengan gelaran-gelaran yang kononnya hebat tetapi hakikat sebenar adalah menjengkelkan. Ingatlah….maha pencipta menilai kepada berapa banyak sumbangan manusia kepada manusia lain dan bukan berapa banyak hafalan yang telah dicapai. Carilah kesamarataan dengan akal yang diberi dan buka hati yang sentiasa emosi.

Jenuh mengasung waktu mengapai cerita rindu
Apabila akal disangkal hingga hati menjadi batu
Hidup disisih pada malam sedang siang masih menunggu
Celaru minda apabila jiwa dirasuk bebal waktu
Keliru…masih keliru mencari erti bahagia yang palsu
Keliru….masih keliru dengan janji penoda waktu


NUKILAN MUSAFIR: 12.30 PM