Wednesday 26 August 2015

PERSOALAN

Sekian lama persoalan intelektual diketengahkan dengan meletak persepsi diatas daripada realiti hingga berlaku perbalahan diseluruh dunia kerana persepsi yang berbeza dalam menafsir sesuatu perkara. Saya tidak mahu menjadikan alasan kekurangan waktu dan sumber kepada segala punca masaalah melainkan kefahaman ilmu yang telah diterjemah dalam fahaman yang berbeza mengikut kepimpinan yang menerajui sesebuah masyarakat. Kerap perbalahan berlaku hanya atas faktor yang begitu remeh seperti merebutkan hak siapa yang lebih baik disisi pencipta sedangkan ianya MUSTAHIL diterjemah dengan perkataan melainkan maha pencipta sendiri yang menentukan siapa yang benar2 berhak berada ditempat terbaik atas piawaiannya. Kejengkelan berleluasa diseluruh dunia dengan wujudnya berbagai pihak yang menterjemahkan erti KEBENARAN mengikut persepsi masing-masing hinggakan rentetan daripada itu berlakulah PEMBUNUHAN yang kononnya perkara yang mulia. Pembunuhan atas nama agama mula menjadi candu dan meresap dalam pemikiran mereka yang keliru dalam menilai kebenaran berbanding kepalsuan yang berat kepada persepsi segolongan pihak sahaja. Lalu masing2 berlumba2 untuk menterjemahkan KEMULIAAN mereka dengan ujudnya corak atau kaedah yang tiada kena mengena dengan aturan alam lantas mendabik dada kononnya merekalah yang paling mulia dikalangan yang ada hingga timbul rasa benci sesama manusia yang berbeza pandangan dan pendapat. Apakah itu yang dituntut dalm kehidupan yang telah disempurnakan kejadiannya oeh maha pencipta? Kenapakah semakin mereka menyatakan dekat dengan maha pencipta didapati semakin menjadi sombong dengan menunjuk2 cara berpakaian yang kononnya itulah yang dituntut oleh maha pencipta? Mengikut hukum alam…sebagaimana ia bermula maka akan kembali kepada permulaan kejadian iaitu datang hanya dengan dibaluti SELAPUT PUTIH yang mencengkam kukuh sewaktu didalam rahim maka pulangnya pasti dengan cengkaman selaput putih yakni KAIN KAPAN.
Lantas apakah sudahnya dengan mencorak kehidupan pihak lain dengan paksaan sedangkan kehidupan yang dicorak oleh pencipta alam telah jelas cukup sempurna tanpa perlu diubah cuma diatur atas keupayaan akal yang diberi oleh maha pencipta. Sedangkan anak kecil yang masih belum mengetahui apa2 tidak suka dipaksa dalam memilih apa yang diingini apatah lagi bagi mereka yang telah dewasa dalam membuat pilihan masing2? Formula yang mudah telah diberi yakni dengan memerhati dan melihat semua kejadian alam dengan ilmu dan bukan nafsu maka pasti kehidupan didunia akan penuh manafaat bagi diri sendiri dan juga sekalian makhluk disekeliling. Sikap melihat dengan nafsu amat jelas berdasar apa yang sedang berlaku diseluruh dunia dimana pembunuhan dan kezaliman yang berlaku atas faktor perselisihan pendapat yang ketara. Sampai bilakah semua ini akan berakhir dan kelazimannya yang dijawab adalah atas faktor KEKUASAAN dan KEPIMPINAN tertinggi dalam mencorak semula apa yang sedang berlaku. Namun yang menjadi pemimpin juga tidak memahami hukum alam maka tunggulah saat apabila alam mula berbicara kerana pada saat itu hiruk pikuk jeritan manusia akan bergema diseluruh dunia dan tiada lagi siapa yang mampu membantu…saat itu pasti akan tiba jika dilihat corak yang sedang berlaku saat ini.

- Masa Bin Bayu

(added by Admin)